Aiman's FotoPage

By: Muhammad Aiman Zaifiddin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 27-Aug-2008 09:31 Email | Share | | Bookmark
Ummi dah hantar draf..

Alhamdulillah, matlamat Ummi untuk menyiapkan draf jurnal kat sini dah hampir ke penghujungnya.. walaupun angan-angannya nak buat dua paper.. Ini dapat siap satu pun Alhamdulillah.. baru je hantar kat Prof Sanja jab tadi.. Itu pun baru draf. Tak tau la apa komen dia nanti. Malu rasanya nak bagi dia baca.. mengenangkan dia seorang yang profesional enough bagi Ummi, ntah hapa la gaknya komen dia nanti. Apa-apapun, moga Ummi dapat bawa balik sesuatu dari sini, balik M'sia nnt..

Bila dah hantar draf tu, baru rasa lega sikit.. dapat la jenguk fp ni.. walaupun sebenarnya banyak lagi benda nak kena buat.. future works, nak kemas barang lagi..

Sedar tak sedar, it's only ..





Tuesday, 18-Mar-2008 20:17 Email | Share | | Bookmark
Hari pertama ke sekolah

Alhamdulillah hari ni adalah hari pertama Aiman dan Asyraf ke sekolah. Aiman masuk kelas reception (tahun pertama) dan Angah masuk nurseri di Bentinck Primary School and Nursery. Afif belum ke sekolah sebab Afif belum cukup umur, 3 tahun. Dah 3 tahun baru boleh masuk nurseri. Aiman happy pergi sekolah, tapi Angah sedih... Angah sedih nak berpisah dengan Afif, Abi dan Ummi sebab tu Angah menangis...



Monday, 25-Feb-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Kejadian berulang

Ini la pintu baru kami
Bertampal hard plywood
Tak pe la tak cantikpun, asal selamat
View all 6 photos...
Belum lagi Aiman sempat snap gambar pintu baru Aiman, pagi ni pukul 5 pagi, masa Abi turun nak keluar pegi kerja, sekali lagi Abi jerit panggil Ummi: Ummi turun, pintu pecah lagi. Ya Allah, sekali lagi Kau menguji kami. Belumpun sampai seminggu tukar pintu baru, hari ni sekali lagi pencuri tu menguji kekuatan kaki dia menendang pintu. Tapi Alhamdulillah kali ni lubang kecil je terlopong. Tapi pencuri tu sempat hulur tangan buka pintu dari dalam. So terbukalah pintu tu pagi ni. Kali ni, memang semua orang tak dengar langsung dia tendang pintu tu, sebab kami tutup pintu hall depan. Yang dulu, Abi dengan dentuman kuat masa dia tendang dan terus bangun tengok. Tapi kali ni, sampai subuh, baru tersedar. Alhamdulillah kali nipun pencuri tu tak sempat ambil apa-apa. Cuma kami la, jadi trauma sebab dua kali dah jadi macam ni. Sampai semua orang suruh pindah rumah. Mana kami mampu pindah rumah, letih.. tak berbaloi... lagipun kami bukannya lama sangat kat sini, 6 bulan je lagi. Tawakkal je la, moga lepas ni ak berlaku lagi perkara seumpama ini.

Pagi ni, Abi terpaksa cuti emergency. Sekali lagi, call polis, Uncle Midon dan Uncle Umar. Baru sebulan datang dah glamour kami kat Nottingham ni.

Tengahari tu, Uncle Bahar dan Uncle Saiful datang tolong tampalkan hard plywood kat pintu rumah kami. Nampaknya kali ni, Uncle Umar dah tak larat nak ganti pintu baru. So tampal hard plywood la double depan belakang pintu. Moga dengan kuasa Allah, kalau pencuri tu cuba tendang lagi, terpeliot la kaki dia.So ini la hasilnya... Pintu baru kami.


Wednesday, 20-Feb-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Hari ini dalam sejarah

 
 
 
View all 6 photos...
Dalam pukul 1.30 pagi tadi, tiba-tiba Abi kejutkan Ummi: Ummi bangun, ada orang tendang pintu sampai pecah. Terkejut Ummi. Bila turun bawah, tengok-tengok pintu rumah dah separuh terlopong.

Ya Allah, dah lama duduk kat Malaysia. Alhamdulillah tak pernah macam ni. Datang sini, baru sebulan dah kena pecah rumah. Secure ke tak, bumi mat salleh ni? Abi terus call Uncle Midon dan Uncle Umar (landlord). Tak lama lepas tu, Uncle Midon sampai dgn Uncle Marwan. Uncle Midon call police. Beberapa minit kemudian, 3 buah kereta polis sampai. Polis kata mungkin pencuri tu cuba nak ambil laptop, sebab laptop ada kat bawah dan langsir tingkap macam terselak sikit. So mungkin dia nampak laptop dan cuba nak ambil, tapi bila perasan macam ada orang terjaga, dia terus lari tanpa mengambil apa-apa. So, inilah hasil tendangan pencuri tu, separuh pintu rumah Aiman pecah. Alhamdulillah tak ada apa yang hilang dan tak de kejadian yang tidak diingini berlaku.

Petang tu, Uncle Zamri dan Uncle Umar datang tampalkan pintu sementara nak tukar pintu baru esok. Abi tak de sebab hari ni adalah hari pertama Abi masuk kerja. Jangan tak caya, Abi jadi Engineer kat UK ni... Bukan Abi sorang. Hampir semua spouse student Malaysia yang datang sini kerja tu. he he.. Abi kerja 3 jam everning shift dan 2 jam morning shift. Alhamdulillah dapat la dalam GBP500.00 lebih sebulan untuk menambah pendapatan kehidupan kat sini. GBP500.00 x 6.5 = RM3250.00. Boleh la, sapa nak bagi RM3000 sebulan untuk kerja 5 jam sehari, kat Malaysiapun.


Sunday, 3-Feb-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Kehendak Allah sebaliknya...

Semalam pipi angah benkak sikit je
tapi hari ni makin teruk
Nak pegi hantar angah ke hospital la ni
View all 14 photos...
Dah elok2 plan nak pegi car boot dengan kereta baru. Bangun pagi ni, tengok-tengok pipi angah bengkak, makin besar. So tukar plan, pegi hospital hantar angah. Melepas la car boot minggu ni. Kat hospital, Dr kata may be bengkak tu disebabkan oleh gigi angah yg banyak rosak tu. So Dr advice utk buang semua gigi yang rosak tu. So angah have to be admitted kat ward to have minor operation. Ya Allah, kami merancang, engkau juga merancang. Dan engkau lah sebaik2 perancang. So ummi and angah have to sleep kat ward la mlm ni. Kat ward kanak2 ni, byk toys. So angah sibuk la main toys, walaupun sakit.

Pada pukul 6.30 petang, angah dibawa ke operation teathre. 7.30 pm siap, semua gigi rosak angah dibuang. 9 batang semuanya. Kesian angah, sedih sangat bila rasa giginya was took away. Menangis dia marahkan ummi, marahkan nurse because make him like this. Puas ummi memujuk. Dia sibuk nak pegang gusi dia, nak rasa gigi dia yang dah tak ada. Lepas balik ke ward baru dia calm down sikit.


[<<  <  [1]  2  3  4  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net